Unit MyTCoE, Bahagian Perundingan ICT telah melaksanakan Khidmat Perundingan Pengujian Prestasi Sistem Aplikasi Sektor Awam kepada agensi yang membuat permohonan. Berikut adalah senarai projek yang telah dilaksanakan:
Tahun 2023
Bil. | Nama Sistem/ Agensi/ Skop Ujian | Penerangan Ringkas Sistem | Status Pelaksanaan |
1. |
SISTEM UPUPLUS BAGI PROJEK UPUCITY Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Skop ujian prestasi 1000 pengguna serentak |
Sistem ini dibangunkan adalah untuk menggantikan sistem sedia ada dengan ciri yang dinamik dan fleksibel bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dalam menguruskan kemasukan pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf. |
Ujian prestasi sedang dilaksanakan.
|
2. |
Kementerian Kesihatan Malaysia Skop ujian prestasi 1000 pengguna serentak |
Sistem ePharmasist merupakan sebuah sistem di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu melaksanakan proses penempatan dan penyeliaan Pegawai Farmasi Siswazah LANTIKAN KONTRAK. Sistem ini merupakan sistem atas talian yang dibangunkan secara in house oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KKM dengan kerjasama Unit HRMIS Bahagian Sumber Manusia(BSM) KKM. Bermula dari proses permohonan penempatan, Program Transformasi Minda(PTM) sehinggalah urusan lapor diri ke tempat bertugas. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 27 hingga 28 Januari 2023.
|
3. |
Jabatan Pengangkutan Jalan Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Aplikasi MYJPJ dibangunkan untuk menyediakan kemudahan kepada orang awam membuat semakan, melaksanakan transaksi, membuat aduan kesalahan jalanraya serta melihat paparan lesen memandu dan LKM secara digital. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 10 Februari 2023.
|
4. |
Kementerian Kesihatan Malaysia Skop ujian prestasi 700 pengguna serentak |
Sistem eHousemen merupakan sebuah sistem di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu melaksanakan proses penempatan dan penyeliaan Pegawai Perubatan (eHousemen) lantikan tetap dan kontrak. |
Ujian prestasi telah dilaksanakan mulai 13 Februari 2023.
|
5. |
Sistem Semakan Kelayakan Pakej Internet Pakej Perpaduan Kementerian Komunikasi dan Digital Skop ujian prestasi 1,000 pengguna serentak |
Sistem ini dibangunkan untuk membuat semakan kepayakan Pakej Internet Pakej Perpaduan. |
Ujian prestasi sedang dilaksanakan.
|